GIGITAN LIPAN.....Bahaya tak? Atau GELI tengok lipan ??
"Doc...saya ni nak mati ke....kena sengat lipan bara besak bukan main." ...kes pagi tadi di Klinik doc. Nak tau dak..lipan nie sebenarnya ada di mana-mana je terutama tempat-tempat yg lembab spt:
1 Dalam bilik air.... mandi tu tengok2 sama.. kut2 terkejut jumpa lipan ...lari keluar tunggang langgang....terlupa tutup aurat!!! he he. 2.Bawah almari baju atau katil. Sebelum tutup lampu nak tidur....cek sama anda tidur bersama lipan dlm selimut anda. 3. Ada menyorok dalam kasut. So, better be careful masa pakai kasut... balingkan kasut keluar bila ada benda bergerak2 dlm kasut anda...he he.. kan doc suka mengusik!! 4. Terdapat 1,500 jenis lipan yg berbeza saiz & warna di seluruh dunia. A. Mai doc bagi info sikit bab Sengatan LIPAN. 1.Gigitan lipan spt gigitan ular dgn 2 lubang di kawasan gigit. 2.Gigitan lipan sakit dibahagian gigitan je. 3.Gigitan lipan TIDAK BERACUN...klu kena, JANGAN PANIC...relax je ...cari lipan tu dan balas dendam &bertarung dgnnya sehingga ia terkulai spya tak disengat org lain.
B. Bagaimana untuk merawat gigitan lipan. • Sengat lipan bukan toksik, tak bawa maut. Boleh dirawat. • Gunakan sabun antiseptik dan air untuk mencuci kawasan sengat. • Untuk mengurangkan kesakitan gunakan kompres panas. Dalam kes bengkak pek ais atau kompres sejuk untk kurangkan kesakitan itu. • Sekiranya kesakitan teramat sangat mkn le PONSTAN atau IBURUFEN. • gigitan lipan boleh menjadi gatal, guna krim HYDROCORTISONE. • ANTIBIOTIK hanya diguna bila ada INFEKSI dikwsan gigitan lipan. • Nekrosis atau kematian tisu jika sengat lipan terlalu kuat. Waspada yg ada DIABETIS. • Doc nasihat anda ambil suntikan Tetanus. • Klu anda kena alahan pd bisa lipan spt penat lelah & gatal seluruh badan....suntikan atau mkn ubat ANTIHISTAMINE digalakkan. C. Gejala sengatan lipan.
1.Sakit & bengkak kecil adalah tanda-tanda biasa bila disengat baby lipan atau lipan pondan....ia terhapus sendiri dlm bbrp jam je. 2. Klu abda disengat LIPAN BARA...gejala teruk spt dibawah...mesti rawat di hospital segera:
• Jantung berdebar-debar kencang.Rentak jantung boleh menjadi perlahan atau terlalu cepat & kadar denyutan x normal. • Sakit kepala, ketakutan, kebimbangan & muntah-muntah. • Bengkak nodus limfa. • kemerahan & gatal-gatal melarat seluruh badan. • Nekrosis atau kematian tisu dlm kes teruk. D. Petua hilangkan sakit sengat digigit lipan .
1.Cara untuk menghilangkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk akibat digigit lipan ialah dengan menggunakan tembakau. Ambil sedikit tembakau, kunyah dan perah airnya ke tempat yang kena gigit. Kalau tak dapat nak cari tembakau boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ambil air perahan biji asam jawa dan sapu ke tempat yang sakit. Lakukan secara berulang kali.
2.Cara lain juga adalah cari lipan yang mengigit itu. Kemudian dibunuh dan dibakar. Ambil abunya disapu pada tempat yang terkena gigitan itu. Ada soalan; doc jawap bila lapang.
1. Tau tak lipan betina ada lebih kaki dpd suaminya. 2. Bisa lipan mana lebih power....yg betina atau jantan?......mai perah otak sikit.
Credit: Drp Dr Abdul Rahim
Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍
► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I
► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA
► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g
► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg
► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU
► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14
FOLLOW SAYA 😊
Facebook Page: www.facebook.com/kembaratracking/
Facebook Profile: www.facebook.com/kembaraindah
Instagram: www.instagram.com/kembara_tracking/
YouTube: www.youtube.com/KembaraTracking