top of page

KENALI SPESIES HIDUPAN LIAR MALAYSIA

Writer: Kembara TrackingKembara Tracking



Anjing Hutan atau Dhole terdapat di Semenanjung Malaysia, Siberia, India dan Indonesia. Spesies ini adalah dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar


Bahagian atas badan Anjing Hutan berwarna merah kecoklatan, manakala bahagian bawah berwarna pucat dan ekornya berbulu lebat. Anjing Hutan mempunyai muncung yang tirus ke hujung, telinga yang tegak serta kaki yang kurus. Ia memburu secara berkumpulan dengan menggunakan deria baunya yang sangat kuat dan menyerang mangsa yang lebih besar.



Antara mangsanya adalah rusa, kijang dan babi hutan. Jika dalam kumpulan yang ramai anjing hutan boleh memburu dan membunuh haiwan seperti beruang dan harimau. Anjing Hutan aktif pada waktu siang berbanding waktu malam.

Anjing Hutan akan melahirkan 5-6 ekor anak bagi setiap kelahiran dengan tempoh bunting selama 60-70 hari.


Fakta Menarik: Anjing hutan pembunuh yang sangat kejam dengan memakan mangsanya hidup-hidup.


Sumber: Jabatan Perhilitan Malaysia




 



Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍

► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14

FOLLOW SAYA 😊



Comentários


Kembara Tracking

FOLLOW

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • generic-social-link

CONTACT

014 2614288

ADDRESS

USJ 
Subang Jaya Malaysia

©2017 by Kembara Tracking. Proudly created with Wix.com

bottom of page