top of page
Writer's pictureKembara Tracking

KHASIAT HALIA




Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Di musim perayaan ni, bila perut terasa sebu dan sengkak, air rebusan halia adalah antara minuman yang boleh melegakan. Memang bagus dan berkesan! Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Nak tahu? Jom



1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL


Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk melancarkan aliran darah serta mengelak dari kesejukan, demam dan peluh berlebihan. Malah pengambilan yang berterusan dikatakan dapat membantu menurunkan paras gula serta menstabilkan tekanan darah.



2. BANTU KURANGKAN RASA SAKIT & KERADANGAN


Halia mengandungi gingerol dan shagaol, bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.



3. MENGUBATI BATUK BERKAHAK


Jika anda mengalami gangguan pernafasan kerana batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.



4. CEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA


Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari



5. MENGURANGKAN SAKIT PERUT & BANTU PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS


Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.

Halia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.



6. MENGUATKAN DAYA TAHAN BADAN


Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan halia setiap hari membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.



7. ANTI PENUAAN


Halia kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Ia juga mempercepatkan proses pembaharuan dalam badan, melindungi dan memperbaiki sel-sel, sekali gus melambatkan proses penuaan.



8. MENURUNKAN BERAT BADAN


Halia mengandungi banyak elemen “pembakaran”, mempercepatkan metabolisme dan mengurangkang selera makan.


Semoga Bermanfaat, Jangan Lupa Like dan Share Ye Terima kasih

FOLLOW SAYA 😊



94 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page