top of page
Myra Amirah

BAHAYA SEMUT CHARLIE

Updated: May 5, 2020


Apa itu Semut Charlie dan kenapa ianya berbahaya?

1. Racun daripada Semut Charlie ini bersamaan 12 kali ganda racun Ular Tedung. Juga dikenali sengai Rove Beetle / Semut Semai / Semut Kayap.

2. Semut Charlie boleh dijumpai di kawasan sawah padi, padang & hutan. Di dalam badannya ada sejenis TOKSIN terbisa di dunia yang dipanggil ‘pederin’. Jika racun tu terkena pada kulit, kulit akan menjadi merah kehitaman. Dan ianya sgt pedih, sakit & gatal!

3.Semut Charlie ini suka kan cahaya lampu pada waktu malam dan akan pergi ke kawasan yang terdapat cahaya terang lampu.

TIPS MENGELAK DRPD SEMUT CHARLIE KETIKA MENJALANI AKTIVITI OUTDOOR

1. Sebaiknya elakkan memasang lampu berdekatan dengan tempat tidur atau kemah pada waktu malam. Lebih baik jika cahaya lampu dijauhkan sedikit daripada kawasan tempat tidur di dalam camp-site.

2.Pastikan kemah yang dipasang mempunyai jaringan yang boleh melindungi drpd serangga masuk ke dalam kemah.

3. Jangan guna semburan aerosol serangga kerana ia tak memberi kesan kepada Semut Charlie ini seperti semut biasa.

4. Letakkan ubat gegat di sekeliling kawasan aktiviti perkemahan. Hanya ubat gegat yang mampu mengelakkan Semut Charlie ini daripada menghampiri kita.

5. Jika Semut Charlie hinggap atau merayap atas badan anda, JANGAN PUKUL / TEPIS. Hembuskan sahaja atau alirkan air sehingga dia jatuh ke tanah. Jangan panik dan pukul semut ini di kulit! Ini kerana BISA/RACUN di dalam perutnya akan membuatkan kulit anda TERBAKAR, KEMERAHAN atau GELEMBUNG. Lalu kulit akan jadi PEDIH, SAKIT dan KEHITAMAN.

TINDAKAN JIKA TERKENA BISA CHARLIE PADA KULIT

1. Basuh dengan air di tempat yang terkena bisa tadi dan seeloknya mandi terus. Jangan garu kawasan terkena bisa tersebut.

2. Letak minyak gamat di kawasan tersebut.

3. Dapatkan rawatan dengan segera di klinik/hospital jika terdapat kesan alahan.

Semoga kita sentiasa berhati-hati ketika menjalani aktiviti outdoor terutama sekali di kawasan hutan dan dijauhi drpd perkara-perkara yang tak diingini. Sentiasa ambil perhatian dan berjaga-jaga apa yg penting sekali "Safety First". Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat rakan-rakan outdoor sekalian.

 


Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍


► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14

FOLLOW SAYA 😊

15,759 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page