top of page

Tebuan Tanah

  • Writer: Kembara Tracking
    Kembara Tracking
  • Aug 7, 2018
  • 2 min read

Updated: May 5, 2020


"Betul ke SENGATAN TEBUAN / LEBAH boleh bawa MAUT ??"

Anda pernah kena sengat tebuan/lebah??

SENGAT TEBUAN/LEBAH: Anda MESTI ambil tindakkan pantas...jgn melebihi 24jam baru nak cari rawatan...padah menyesal tak guna.

A. Tebuan/Lebah sejenis serangga yg menyengat seseorang. Sengatannya menyakitkan. Senjata sulit penyengat dr tebuan/lebah tu ada di punggungnya BUKAN di mulutnya....hihihi.

B. Tindak balas SETEMPAT jika anda disengat spt: Kemerahan, bengkak, sakit, panas dan gatal di tempat sengatan. Kesakitan hilang dgn cepat, tetapi bengkak boleh tahan lebih 24 jam ke seminggu. Jangan GARU.....akan mudaratkan keadaan krn ia lebih cepat merebak ke darah( sistemik).

C. Dgn sengat tu Anda boleh kenaTindak balas SISTEMIK atau alahan spt: Loya Muntah, Keresahan , Sakit dada. Benjolan dipermukaan kulit serta gatal-gatal seluruh badan. Ada yg Bengkakkan mulut atau tekak dan bengkakan saluran penafasan...& anda rasa susah nak nafas, & klu kena anafalatik shock...anda akan tidak sedarkan diri malah boleh bawa maut. Klu racun sengat tu masuk dlm darah anda ke otak dan saraf...anda akan lumpuh... akan berakhir dgn kematian jua...Ia boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam pertama selepas disengat atau mungkin tertangguh selama beberapa hari kemudian terutama pd kanak2 & warga emas.

D. Cara nak jadi DUKUN atau TOK MOH TEBUAN...hihihi

1. Mula2 sekali anda pi cabut penyengat tebuan/yg tertinggal di tempat sengatan. Penyengat mesti dibuang secepat mungkin dgn apa cara pun. Perlu ingatkan kelewatan mengeluarkannya, walaupun hanya beberapa saat, boleh mengakibatkan lebih banyak racun di suntik masuk ke dlm badan mangsa.

2. Setelah sisa penyengat toksin dikeluarkan, kesakitan dan bengkak dapat dikurangkan dgn menuam dengan ketulan AIS di tempat sengatan untuk membekukan tempat sengatan seterusnya menghalang racun itu merebak dan beri inflanasi ke tempat lain. Ingat ni WARNING ni!! JANGAN sapu minyak angin pada tempat sengatan. Tindakan ini tidak X meredakan kesakitan, ia akan menambah kepedihan dan kepanasan pada badan &memburukkan lagi keadaan sbb toxin sengatan mudah lagi merebak. Ada yg buat pandai tlg MENGHISAP dgn MULUT tempat bisa tebuan sengat tersebut....Klu bisa sengatan tu kena mulut anda , lidah anda atau Dukun tu TERTELAN bisa tebuan tu....sapa pula jadi mangsa tebuan pula ni......hihihi.

3. Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin krn 2 % mangsa di sengat dpt kejutan allergik anafilatik terhadap racun protein bisa sengat boleh mengancam nyawa & perlukan rawatan kecemasan.

4. Biasanya doktor akan beri Injeksion ATT dan Anti Histamine. Suntikan Adrenalin kpd mangsa ‘Anaphalatik shock’...& seseak nafas. Peringatan: Sengatan tebuan madu dapat menghasilkan ‘pheromones’yg boleh “memanggil” gang2 tebuan yg lain datang menyerang anda......terpaksa le anda terjun dlm sungai....hihihi.


Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍


► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14

FOLLOW SAYA 😊


Komentarze


Kembara Tracking

FOLLOW

  • facebook
  • instagram
  • youtube
  • generic-social-link

CONTACT

014 2614288

ADDRESS

USJ 
Subang Jaya Malaysia

©2017 by Kembara Tracking. Proudly created with Wix.com

bottom of page