top of page
Writer's pictureKembara Tracking

Pasukan Orang Asli Senoi Praaq Yang Digelar ''The Silent Killer'' Oleh CIA

Updated: May 5, 2020


Rata-rata rakyat Malaysia tidak pernah mengetahui akan kewujudan unit khas ini, namun ternyata unit ini mempunyai kepakaran yang luar biasa daripada unit yang lain.

Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM. Senoi bermaksud ” ORANG ” dan Praaq bermaksud ” PERANG.” pemilihan anggota diambil 100% daripada suku kaum orang asli yang terdiri dari suku Temiar, Semelai, Temuan dan Semai.

Unit Senoi Praaq ini bertanggungjawab menentang komunis di hutan belantara di Selangor,Pahang,Kelantan dan Perak

Seorang pegawai pentadbir British di Malaya, R.O.D Noone telah mengilhamkan penubuhan unit ini kerana kehebatan ilmu hutan yang dimiliki oleh orang asli. General Gerald Templer yang mengetuai pasukan penentang gerila di Malaysia telah meluluskan penubuhan pasukan itu. Noone yang merupakan lulusan antrologi (kajian kemanusiaan) dari Universiti Cambridge dan juga merupakan seorang Mejer dalam tentera British. Dia pernah membuat kajian mengenai penduduk Malaya sebelum meletus Perang Dunia Kedua.

Pada mulanya, unit Senoi Praaq ini hanya terdiri daripada 10 Orang Asli dari suku Temiar yang telah dilatih selama 3 bulan dan diletakkan dibawah Squadron SAS (Special Air Service) pada tahun 1955. Selepas itu, unit ini diletakkan pula di bawah jabatan Orang Asli.

Dilatih dengan ilmu pertempuran gerila, Taktik serangan pantas dan kejutan oleh SAS, unit Senoi Praaq dianggap lagenda kerana kepakaran mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan tebal sempadan hingga ke sempadan Thailand. Oleh kerana kejayaaan yang dicapai bergitu baik dan memberangsangkan sebelum SAS meninggalkan Tanah Melayu, SAS telah menganugerahkan bere merun mereka kepada unit ini.

Penubuhan Senoi Praaq telah memberi tamparan hebat kepada pengganas komunis. Kepakaran orang asli menjejaki binatang-binatang didalam hutan telah membantu mereka mengesan musuh dengan amat tepat sekali. Bau, rasa, jejak, tanda-tanda persekitaran, bunyi binatang dan unggas rimba juga adalah antara isyarat operasi. Biasanya apabila suatu kawasan itu dipercayai ada musuh, Senoi Praaq akan ditugaskan masuk mengesan dulu. Apabila maklumat telah diperolehi tentang anggaran berapa ramai, keadaan bukit dan anak air, jalan jalan yang memungkinkan pengganas komunis melarikan diri barulah pihak tentera akan membuat perancangan serangan.

Menjelang kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 unit Senoi Praaq telah mempunyai kekuatan 2 squadron iaitu Batalion ke -19 PPH (kini dikenali sebagai Batalion ke-3 PGA) di Bidor, Perak dan Batalion ke 20 PPH (kini dikenali sebagai Batalion ke-18 PGA) di pengkalan hulu, Perak.

Keberkesanan unit ini terbukti apabila mereka mencapai redod tertinggi berjaya membunuh pengganas Komunis pada tahun 1958 berbanding pasukan keselamatan lain. Mereka mempunyai rekod 16:1, di mana bagi setiap 16 pengganas Komunis yang terbunuh, Senoi Praaq hanya mengalami 1 kamatian.

Apa yang lebih menarik, senjata tradisional Orang Asli seperti lembing dan sumpit menjadi kegemaran mereka. Selain itu mereka juga menggunakan belantik atau jerangkap samar yang diperbuat daripada buluh dan amat membinasakan.

Senjata kegemaran mereka malah digunakan sebagai lambang unit Senoi Praaq ini. Buluh sumpit digunakan sebagai lambang Batalion ke-19 PPH, manakala beliung (alat seperti cangkul kecil) pula digunakan bagi lambang Batalion ke-20 PPH.

Anggota Senoi Praaq ini adalah anggota dari skim tertutup ( close service ). Ini bermakna mereka hanya boleh bertugas samada di Batalion ke-19, Batalion ke-20 atau menyertai Komando 69 PPH. Mereka tidak dibenarkan bertugas sebagai Anggota Tugas Am di Balai Polis.

Senoi Praaq mendapat gelaran ''The Silent Killer'' oleh pihak CIA (Central Intelligence Agency) dan mereka juga pernah digunakan secara rahsia di Laos.

Apabila Amerika Syarikat berundur dari Laos, unit Senoi Praaq ini ditinggalkan begitu sahaja. ( mungkin dengan harapan bahawa rahsia ini akan terkubur di Laos!! ) namun siapa sangka, unit elit itu berjaya kembali ke Malaysia sambil bertempur dengan elemen-elemen musuh di sepanjang jalan pulang. Ramai juga anggota Senoi Praaq yang terkorban dalam perjalanan balik dan peristiwa itu telah disematkan dalam sebuah buku bertajuk “Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite”.

Taraf elite dan kehebatan kaum orang asli sebagai Silent Killer ini berjaya mendapat perhatian istimewa dari kerajaan khususnya pihak polis yang mana penyertaan dari kaum Senoi yang memohon masuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menjalani latihan asas 9 bulan di PULAPOL. Mereka dibenarkan terus diserap ke unit Senoi Praaq. Proses pengambilan yang unik berbanding pengambilan unit lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Unit elite Senoi Praq seringkali digerakkan dalam sesuatu kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain. Dikatakan juga Senoi Praaq lebih suka bergerak dengan berkaki ayam untuk memudahkan pergerakan mereka selain mengelakkan dari dikesan musuh.

 

Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍


► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14

FOLLOW SAYA 😊


243 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page