Cerita ni berlaku pada 2016, kisah yang tak pernah saya ceritakan lagi. Terjadi semasa saya menjalani aktiviti camping, saya pernah ditegur oleh penghuni hutan yang menggelarkan dirinya adalah raja penghuni hutan tersebut. Saya dan kawan2 semuanya 5 orang camping di salah satu kawasan hulu selangor. Kawasan tu bukan tapak camping, kami redah hutan dan jumpa satu tempat yang lapang dan strategik berdekatan air sungai yang cantik. Lokasi ni saya rahsiakan la ye. Sepanjang kami camping 3 hari 2 malam tu ok je tak ada apa2 yang seram atau pelik pun. Cumaaa.. malam je ada dengar seolah olah orang bercakap cakap. Bukan saya sorang je perasan, kawan saya pun ada dengar benda yang sama. Tapi kiteorg buat tak tau je la. Masa tu kami tak digangu.
Kejadian kerasukkan berlaku semasa dalam kereta, masa tenga memandu nak balik. Waktu tu petang nak ke senja. Lebih kurang dah 20 min kami dah tingalkan tempat tu. Kawan saya tido di seat belakang. Tiba2 dia mengelupur tak tentu pasal & bangun dengan laju.
Dia kata "Aku kat mana ni!" (Suara garang)
Saya kata kita on the way balik la. (Ingatkan dia mengigau)
"balik mana?" (Dalam keadaan dia duduk tegak)
Saya kata kita nak balik rumah la.
"Hantarrr akuuu balikkkk!" (Suara kuat dan marah)
Bila tengok mata dia dari cermin sisi belakang saya tahu yang bercakap tu bukan kawan saya.
Saya: Eh kau ni pandai datang pandai lah balik.
Kawan: Kenapa kau datang tempat aku.
Saya yang tenga drive ni taknak lah panjangkan perbualan.
Saya: Kau jangan buat aku paksa kau keluar, sakit kau nanti (saja ugut dia)
Dia gelak sindir dan sambung tido.
Kemudian kawan saya tersedar bangun macam keletihan. Dia terus cakap "Nas, aku mimpi seram la".
Saya: Kau sedar tak apa kau cakap tadi? (Saya tanya nakkan kepastian)
Muka dia macam hairan.. "Cakap apa Nas"
Saya: Kau tak sedar apa2 ke?
Kawan: Aku tertido tadi.
Ok dia memang tak sedar apa2.
Dia kata lagi "Aku mimpi seram Nas" Muka dia nampak cemas
"Mimpi aku ada kat satu kampung ni dan kampung tu jenis kampung orang dulu2. Orang2 tu semua berpakaian orang dulu macam pendekar siap bertanjak. Diorang menjerit marah bila nampak aku & kejar aku dengan, keris dan tombak."
Dua hari selepas kejadian tu buat rawatan Islam. Dalam tempoh dua hari tu pun banyak benda yang dia rasa tak kena. Dia jadi lemah,serabut, badan rasa berat dan lesu. Ada mimpi berada di istana besar.
Semasa proses merawat dengan bacaan ruqyah ayat Al quran, dia tiba2 duduk bersilang seperti pendekar.
. .
Berdialog Dengan Penghuni Hutan
Dia mula dengan memberi salam & perkenalkan diri.
"Aku ... raja pada kerajaan" ...
(Satu nama yang pelik, tak perlu la saya sebut)
"Aku datang ni nak beritahu!"
"Kedatangan kamu semua mengucakacirkan penduduk aku".. (dia nampak marah)
"Yang aku paling marah! anak aku dipijak" (dia marah & menangis)
Saya: Masa tu anak kau ada kat mana?
Penghuni Hutan: Anak aku sedang bermain di akar pokok tu dan dia dipijak.
Saya: Kat kawasan tu memang kami ada lalu satu pokok yang akarnya banyak. Masa tu anak kau berupa apa?
Penghuni Hutan: Anak aku berupa orang (suara marah dia)
Perawat cuba tenangkan dia & beritahu Allah ciptakan manusia ni memang tak boleh nampak jin.
Dia cuma diam, tanda dia faham
Penghuni Hutan: Aku nak diorang ni mintak maaf!
Dalam hal ini saya anggap kita hormat sesama makhluk jadi saya pun berkata pada dia
"Ok aku mewakili kawan2 aku yang lain, kami mintak maaf lah. Pada masa tu memang kami tak nampak pun ada orang kat situ." (Jelas saya pada dia)
Dia diam tanda dia terima
Perawat: Sekarang diorang pun dah mintak maaf, jadi kau keluar lah.
Penghuni Hutan: "Sebelum aku keluar ada dua benda aku nak pesannn"..
"Pertama, kalau budak ni datang lagi aku amik terus."
Saya terus mencelah mengingatkan dia & perbetulkan balik kata2 dia tu.
Saya: "Bumi Allah ni luas tak ada siapa yang boleh menguasai".
Dia diam dan angguk tanda dia faham.
Penghuni Hutan: Yang kedua dalam budak ni ada benda yang tak elok..
.
.
Di penhujung cerita ni nanti saya bagi tahu apa yang dia maksudkan dengan benda yang tak elok tu.
Perawat: Siapa kawan kau ke?
Penghuni Hutan: Bukannn.. Dia bukan dari golongan aku...dia musuh aku.
Perawat: Dia islam jugak ke
Penghuni Hutan: Bukan.. agama lain.
Perawat: Kau kan raja. Ni nak keluar ni kau tarik lah dia keluar sekali.
Dia diam sekejap dan cakap
Penghuni Hutan: Aku tak boleh. Yang boleh manusia
Perawat: Bukan, yang boleh hanya dengan kehendak Allah. Aku cuma mampu ikhtiar je
Dia menganguk dan memberi salam sebelum dia keluar.
Saya ringkaskan, benda tak elok yang dia maksudkan tu jin perempuan yang beragama majusi. Dah lama ada, nak balas dendam sebab kawan saya ni pernah bunuh seekor ular, rupanya yang kawan saya bunuh tu anak dia yang berupa ular. Yang ni memang degil & agresif. Tapi akhirnya dia setuju untuk keluar.
Penempatan mereka ni memang ada cuma kita tak nampak dengan mata kasar. Kadang kadang tak perasan yang kita berada di wilayah mereka.
ORANG BUNIAN: https://kembaratracking.wixsite.com/malaysia/post/2020/01/14/orang-bunian
Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍
► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I
► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA
► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g
► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg
► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU
► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14
FOLLOW SAYA 😊
Facebook Page: www.facebook.com/kembaratracking/
Facebook Profile: www.facebook.com/kembaraindah
Instagram: www.instagram.com/kembara_tracking/
YouTube: www.youtube.com/KembaraTracking
Comentários