top of page
Writer's pictureKembara Tracking

TERSEBUTLAH KISAH...

Updated: Nov 20, 2020




Macam mana kami keluar esok paginya? (Bahagian Akhir) https://youtu.be/HEHYAOrHjzA

Saya tak pernah cerita lagi kisah yang inikan; di sekitar camp site itu juga penah jadi beberapa peristiwa mistik, waktu itu senja selepas maghrib. Sambungan episod..

. .

.

TERSEBUTLAH KISAH...

Petang tu bila kawan2 dah habis mandi, saya pula turun mandi sungai sendirian. Keadaan ok je. Selesai mandi, saya naik untuk tukar pakaian. Waktu itu masih senja baru masuk Maghrib. Tiba-tiba saya terdengar alunan orang sedang mengaji Al-Quran. Saya sangkakan kawan saya sedang solat Maghrib. Tapi saya jadi hairan kenapa suara kawan saya ni halus macam perempuan? Saya pun menjenguk kepala ke kawasan camp fire kami. Saya nampak semua kawan2 saya ada di situ. Ada yang tengah siapkan makan malam, ada juga yang tengah memotong kayu api. "Aikk!! Dah tu siapa pulak yang sedang mengaji tu?" Saya tertanya sendiri.


Saya tengok keadaan sekeliling yang semakin gelap beransur malam. "Mana ada orang lain ni, kami je ada dekat sini." Detik hati saya.


Ok saya faham. Yang sedang mengaji tu bukan daripada golongan manusia. Tapi suara tu datang dari arah mana? Suara tersebut masih mengalunkan alunan ayat Al-Quran. Haluss je suaranya, sayup-sayup tapi masih kedengaran. Saya tumpukan sepenuhnya pendengaran untuk cuba mencari arah suara itu datang. Oh! Rupanya suara tu datang dari kawasan semak belakang tu. Bunyinya terasa dekat pun ada, macam agak jauh pun ye. Sayup-sayup.

Saya terasa ingin tahu surah apa yang di bacanya. Jadi saya tumpukan semula pendengaran dan cuba fahami bacaan surah yang dibaca. Berkali2 saya cuba untuk fahamkan. Tapi suara yang saya dengar tu terlalu samar, halus je bunyi antara nyata dan tidak. Tak dapat nak dikenal pasti surah apa yang dibacanya. Tapi yang pasti alunan suara tu memang suara perempuan yang sedang mengaji. Mungkin dia sedang beramal agaknya, kata hati saya.

Terus saya teringat satu ayat ni:


Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. (Surah Adz-Dzaariyaat: Ayat 56)


Bagi saya, mungkin itu hanya lah sebagai tanda yang 'penghuni' di situ adalah golongan Islam. Mereka juga ingin beribadat. Saya pun pergi lah sambung buat hal2 saya..







 



Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍

► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14

FOLLOW SAYA 😊



53 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page