top of page
Writer's pictureKembara Tracking

ORANG BUNIAN

Updated: May 8, 2020


Orang Bunian ialah makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan Elves dalam legenda Eropah.

Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus. Menyerupai struktur sosial manusia, ianya dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan mempunyai keluarga, puak, dan masyarakat.

Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Orang bunian mempunyai kelebihan yang sama seperti golongan jin , dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, ini yang biasanya diguna oleh pawang atau bomoh.

Orang bunian seringkali dikatakan menculik kanak-kanak dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan mahupun hilang tanpa sebarang jejak. . . ASAL USUL

Makhluk halus yang dikenali dengan jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar dalam Al-Quran dan Hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya ialah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Persoalannya perkahwinan ‘’manusia dengan jin’’ boleh ke menghasilkan anak? Dalil ini ada pada zaman Nabi Allah Sulaiman. Kisah Ratu Balqis, ayahnya dari golongan manusia dan ibunya dari golongan jin. Nama yang dipilih oleh ibunya untuk Ratu Balqis ialah Talqamah. Setengah pendapat mengatakan Balqamah. . . HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api).

MASYARAKAT MELAYU

Kalau kita lihat masyarakat Melayu satu ketika dahulu sangat berkait rapat dengan ilmu yang berkait rapat dengan spiritual mistik, dan kesan sampingan yang sekarang ni kita pangil “saka”. Bermakna ada ‘’hubungan’’ di antara manusia dan jin. Sebab itulah dalam Islam sangat melarang kita mempunyai apa2 kaitan dengan jin.

Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita-cerita yang menyentuh soal orang bunian, menjadi satu cerita lagenda pada masyarakat Melayu sehingga kini. Setengah orang mengangap ia hanya cerita dongeng. Tapi yang pasti ianya berlaku pada masyarakat kita sejak dulu lagi.

Betul atau tidak cerita itu saya pulangkan kepada Allah S.W.T yang lebih mengetahui.

Apa pun yang anda pernah dengar atau percaya, jangan sekali kali mengetepikan tempat rujukan buat kita semua iaitu Al-Quran & Hadis. Yang pasti manusia itu sebaik-baik kejadian. Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Pemimpin bagi yang lain. Namun kita sebagai manusia cukup sekadar percaya dan menjaga akhlak di mana sahaja kita berada.



➡️ Comment pendapat korang atau pengalaman pasal bunian. Nak tahu jugak 😊


 


Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍

► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14

FOLLOW SAYA 😊



531 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page