top of page
Writer's pictureKembara Tracking

KEPALA AIR

Updated: Aug 4, 2020


Usai Subuh dan sarapan pagi, kami pun bergerak daripada Ampang menuju ke Lata Hammer yang dikenali dengan keindahan Air Terjun nya. Mengikut kajian cuaca pakcik Google, ia meramalkan cuaca hujan bermula tengahari ini. Dalam fikiran saya, “Fuhh, biar betul.” Tapi saya berfikir lagi, peralatan dan barang untuk menghadapi hujan semua cukup. Flysheet, ponco, hammock, tali, haa semua dah ada. Saya pun yakin kawan-kawan yang join sekali ni pun persediaan mereka juga cukup, itu yang paling penting. Saya pun berbual-bual sambil menanti sampai ke destinasi yang dipandu oleh Wan. Jalan masuk parking kebun ayah agak terus sikit jalan berbatu jadi kalau kereta lowered tu baik jangan bawak. Sampai sahaja di Lata Hammer, kami berjalan dalam 40 minit ke tapak air terjun. Dengan harapan tak ramai orang lah harini. Senang nak pacak itu pacak ini. Yelah, kami ni kalau camping, memang sungguh2 macam pergi bushcraft. Tempat tidur, dapur semua lengkap. Hehe. Mula-mula sampai tadi saya nampak ada 2 group ni camping di port bawah tu memang nampak seperti di tepi pantai. Tapi bila mereka dah beredar saya ambil port yang belah atas tu jauh sedikit dari air sebab kawasan agak tingi. Kenapa saya tak camp di bawah tu? Walau pun port dibawah tu lebih cantik lebih mudah untuk mendapatkan sumber air "tapi dari amatan saya tempat tu amat berisiko tingi kerana ada kesan-kesan laluan air. Kami terus ke atas sana dan mula setup segala keperluan. Bermula dengan mencari kayu sebanyaknya sebab cuaca sekarang ni petang atau malam mesti hujan. Jadi kayu api kering sangat penting! Sediakan kayu api sebelum hujan bak kata kami. Usai semua, kami pun bermandi manda dan menangkap gambar. Memang best la bergambar dengan waterfall 100% tanpa ganguan sesiapa hehe.. Waterfall memang cantik indah dimata sesiapa saja yang melihat. Airnya tenang dan jernih. Saya bersantai sambil menghayati suasana alam. Bila masuk waktu senja hujan mula rintik-rintik. Camp site kami dah siap sediakan tempat berlindung jika hujan. Jadi tak perlu risau kalau hujan. Apa yang saya fikirkan menu makan malam kami haaa.. ayam pangang black paper hehe. Memang lazat.. Owh ya ingin saya ingatkan disini Line takda! Huhu sebab rancangnya nak buat LIVE di Facebook. Harapan…

Waterfall ini memang cantik dan indah dimata sesiapa saja yang melihat. Airnya tenang dan jernih. Saya bersantai sambil menghayati suasana alam ketika ini. Siapa sangka air setenang ini pada siang itu bakal menjadi igauan di malamnya.

MALAM ITU SEGALANYA BERTUKAR SUSPEN

Hujan sudah mula membasahi bumi sejak pukul 7 tadi. Jam saya sekarang menunjukkan pukul 8 malam. Sebelum sempat gelap tadi kami sudah bakar ayam black paper yang dibawa oleh Wan. Memang layan bak hang hehe Sedang asyik mengunyah ayam yang dibakar segar menggunakan kayu api tadi, sambil berbual-bual tiba tiba saya terdengar bunyi bising dari arah air terjun. Bunyi seperti batu bergulung-gulung pun ada dan bunyik waterfall semakin deras. Tapi dalam keadaan hujan dan gelap gelita hanya ditemani headlamp, mana la nak nampak kawasan air terjun di depan sana tu. Malahan kamikan duduk di tempat agak tinggi dan jauh drpd air terjun. Wan dan Amirul juga perasan akan bunyi menderu itu. TIBA TIBA PANAHAN PETIR MENERANGI KAWASAN AIR TERJUN! Dan alangkah terkejutnya saya melihat kawasan air terjun yang siang tadi nya cetek pangkal buku lali kini telah penuh sepenuhnya dengan air deras dan keruh. Sangat deras! Bunyi pun menyeramkan. Kami pun terus menilai tempat kami berada sekarang adakah masih selamat untuk kami terus di situ. Mengikut keadaan tempat yang tinggi, kami berasa selamat cuma kami masih berhati hati dan sentiasa perhati paras air. Hujan sangat lebat ditambah kesejukan. Berjaga lah kami hingga 12 Malam dek risaukan kepala air tadi makin mengganas dan memakan apa saja yang ada dekat. Saya fikir kalau siapa yang berkemah di bawah tadi tu, mesti sudah tiada dihanyutkan kepala air yang ganas dan gila. Akhirnya disebabkan cuaca yang sejuk bercampo dengan penat, kami pun mula tidur. Sambil berfikir, “bagaimana lah nak balik esok. Mesti jambatan titi melintas sungai untuk keluar tu telah hancor..” dan saya pun terlena.. MACAM MANA KAMI KELUAR ESOK PAGINYA?

(Mohon support kengkawan dengan 'SUBSCRIBE' chanel ni 👇)

► FOLLOW SAYA:

79 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page