Haaa sembang kali ini nak membicarakan tentang pentingnya tali dalam aktiviti outdoor lagi lagi dalam situasi survival. Banyak benda yang boleh dibuat dengan tali. Boleh dikatakan tali ni mempunyai 1001 kegunaan.
Antaranya membuat shelter, mengukuhkan khemah, tempat ampai baju, gantung bag atau barang barang lain. Kegunaan dalam emergency mengikat anggota badan yang tercedera ataupun patah, membuat stracher, dll lagi.
Kalau dipasaran pulak ada pelbagai jenis tali yang setiap satunya ada pro n cons masing-masing. Mengikut pada tahap kegunaan & kesesuaian tersendiri.
Jika didalam situasi survival, kelengkapan yang ada mungkin akan menjadi terhad. Namun bukan bermakna untuk putus asa!
Kita boleh menggunakan sumber hutan yang ada di sekeliling untuk jadikan tali seperti rotan, akar kayu, pokok yang menjalar, kulit pokok, buluh, rumput dan banyak lagi sumber hutan yang boleh jadikan sebagai tali.
Cuma kadang kadang nak menghasilkan tali ni bukan satu benda yang mudah & akan mengambil masa, iyanya bergantung pada kemahiran masing masing.
Bagi saya membuat langkah persediaan awal itu lebih baik.
Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍
► 6 Ikatan Perlu Tahu: https://youtu.be/OP0m-pNL-YY
► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU
► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14
FOLLOW SAYA 😊
Facebook Page: www.facebook.com/kembaratracking/
Facebook Profile: www.facebook.com/kembaraindah
Instagram: www.instagram.com/kembara_tracking/
YouTube: www.youtube.com/KembaraTracking
Comments