top of page
Writer's pictureKembara Tracking

TIPS ELAK DI SCAM TOWING


Bila kereta breakdown atau kemalangan benda pertama yang perlu dibuat semestinya hubungi keluarga/kawan untuk beritahu keadaan korang. Nak lagi waktu tu korang mungkin panik kan, jadi bila ada keluarga/kawan, mungkin boleh tenangkan diri. Selepas itu, ini perkara yang korang boleh buat:



Hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap "Hantar kat bengkel saya je lah..!"

Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu. Cakap je kat dia,

"Saya nak towing saje..




1️⃣ HUBUNGI SERVICE CENTRE RASMI BAGI TOWING PERCUMA


Kebanyakan service centre ada menyediakan khidmat towing percuma. Contohnya Perodua ada kelebihan AutoAssist yang ditawarkan buat pembeli kereta baru (bawah tempoh setahun). http://www.perodua.com.my benefits Khidmat yang disediakan termasuklah towing percuma berjumlah RM300 atau 100km (mana satu yang datang dulu). Servis ini juga disediakan 24 jam, 7 hari seminggu. Selain itu, AutoAssist turut bagi khidmat lain seperti jump start, tukar tayar, sewa kereta, dan sebagainya.


Semak dengan service centre korang kalau mereka ada perkhidmatan yang sama. Kalau kena caj pun, sekurang-kurangnya korang kena caj dengan badan yang sah.




▶️ HUBUNGI SYARIKAT INSURANS BAGI TOWING PERCUMA


Kebanyakan syarikat insurans pun ada bagi khidmat towing percuma. Macam biasa, mereka akan ada had masing-masing. Contohnya, Etiqa menawarkan towing percuma sehingga 200km ke bengkel panel terdekat, manakala AmAssurance cuma bagi 50km je. Bila lebih daripada had ni, korang biasanya akan dicaj mengkikut kilometer, jadi semaklah dengan syarikat insurans masing-masing. Korang boleh cari nombor telefon dekat road tax.

Bila syarikat insurans bagitau yang mereka akan hantar tow truck, tanya workshop panel mana yang mereka akan hantar, dan salin alamat dan nombor telefon apa semua. Pastikan korang sampai ke workshop panel tersebut, kalau tak proses claim untuk repair kereta korang akan jadi lebih lama.




2️⃣ KALAU KORANG KAT LEBUHRAYA PLUS PUN ADA TOWING PERCUMA


PLUS merangkumi beberapa highway termasuklah Lebuhraya Utara Selatan (NSE), Lebuhraya Baru Lembag Klang (NKVE), dan juga jambatan Pulau Pinang. Mereka ada PLUSRonda yang menawarkan perkhidmatan kecemasan termasuklah towing percuma.Cumanya mereka akan tunda kereta korang ke tempat berdekatan yang paling selamat, bukanlah sampai ke balai polis/bengkel terus. Jadi bila dah sampai ke plaza tol atau R&R, korang boleh tarik nafas, selawat banyak-banyak, dan rancang apa yang perlu dibuat seterusnya.




3️⃣ SIMPAN NOMBOR TOW TRUCK YANG BOLEH PERCAYA


Yang ni agak susah sikit, sebab walaupun korang ada nombor longkai yang korang pernah deal sebelum ni, kadang-kadang ianya jauh dari tempat kemalangan. Antara perkara yang korang boleh buat adalah taip 'towing service near me' kat Google Maps, dan Google Maps biasanya akan tunjukkan rating dan review yang ditinggalkan oleh pengguna lain. Rating ni lah sangat berguna untuk korang nilai sama ada servis mereka bagus ke tak. Dan kalau korang nak menyumbang kembali kepada rakyat marhein, rajin-rajinlah tinggalkan rating dan review korang sendiri, boleh membantu orang lain yang kena masalah yang sama.




4️⃣ HUBUNGI CARPUT UNTUK SERVIS TOW TRUCK BERBAYAR


Salah satu app yang korang boleh simpan dalam smartphone korang adalah CARPUT. CARPUT ni sangat berguna kalau korang tiba-tiba kena jumpstart kereta atau kena tukar bateri. Dan mereka juga ada tawarkan perkhidmatan towing, cumanya ianya agak mahal. Kali terakhir kami panggil CARPUT, mereka kata caj untuk tow truck adalah RM300, berbanding tow truck lain yang caj sekitar RM150 ke RM200.

Tapi untuk servis-servis lain yang mereka tawarkan, bagus untuk korang ada app CARPUT ni sebab mereka agak pantas dan cekap.




5️⃣ BERTENANG JANGAN TAKUT DAN KETAHUI HAK KORANG


Elakkan daripada berurusan dengan longkai yang datang macam semut kerumun gula ni. Kadang-kadang mungkin ada yang tak menipu, tapi kalau korang nak berjaga-jaga dari kena scam, elakkanlah. Call keluarga/kawan yang terdekat untuk datang tolong korang, atau call balai polis terus untuk minta nasihat tentang apa yang perlu dibuat. Bila kereta korang dah dapat tow truck yang sah, ingat yang mereka kena hantar korang ke balai polis terlebih dahulu untuk buat laporan. Lepas tu kalau korang nak hantar ke workshop dan claim dengan insurans, pastikan korang call dulu syarikat insuranstanya kat mana workshop panel yang terdekat.




6️⃣ TIPS BONES (Cara claim 10% dari tokey bengkel)


Bila tow truck/longkai sampai dia akan suruh tandatangan satu dokumen.

Jangan tandatangan..! sebab bila korang tandatangan longkai akan dapat komisen 10% dari insurans korang. Diorang akan paksa dan gertak suruh tandatangan itu hak korang so jangan risau Cakap dengan tenang dan relax je yang korang nak guna servis towing sahaja, Ini yang biasanya kena caj 150 ke 300 bergantung pada loaksi dan jenis tow truck. Bila dah sattle kat balai polis call pihak insurans korang minta alamat panel yang buat repair eksiden. Disinilah saat korang untuk claim 10% dari tokey bengkel pulak.


Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.


Katakanlah, kereta mahal, Mercedes ke, BMW ke volkswagen ke, Total repair dalam RM100,000, so korang boleh claim RM10K dekat tokey bengkel tu sebab korang dah bagi job kat tokey tu.


Sebab tulah Tow Truck biasanya bergaduh berebut-rebut nak dapat kereta dan duit dari bengkel kereta.


Lagi satu yang korang kena tahu korang boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.


RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900


korang layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.


Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, korang tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.


Cuma benda ni korang kena hati-hati


PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak. Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar. Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.


KEDUA! Hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap "Hantar kat bengkel saya je lah..!"

Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu.

Apa pun, kami harap korang dijauhkan daripada musibah macam ni. Pada masa yang sama, sentiasa bersedia kalau ia datang menimpa. Jangan lupa SHARE artikel ni untuk kegunaan semua, dan pastikan insurans kereta korang sentiasa aktif (jangan kedekut sampai taknak renew insurans kereta ye).



 



Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍


► Boleh ke kereta naik Mossy Forest: https://youtu.be/JgqaEQsJlHY


FOLLOW SAYA 😊


888 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page