Sejarah sistem rel di Tanah Melayu telah membuka lembarannya pada 1 Jun 1885 apabila jalan kereta api yang pertama, menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang), telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low – Residen Perak ketika itu. Tujuan utama aliran itu dibina adalah untuk menghubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld.
Tidak berhenti di situ, pihak British seterusnya membina laluan kereta api di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Sehinggalah pada tahun 1905, landasan kereta api dari utara ke selatan siap sepenuhnya yang menghubungkan stesen Butterworth ke Melaka.
Pada peringkat awal sistem pengangkutan ini beroperasi, iaitu ketika zaman sebelum merdeka, ia sering menerima ancaman dan serangan luar jangkaan. Bukan sekadar serbuan daripada pengganas komunis, tetapi juga ancaman daripada haiwan liar. Paling tragis, serangan sekumpulan gajah yang naik minyak dan mengamuk dengan menyerang kereta api yang sedang meluncur laju di atas landasan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malayasia, Datuk Ibrahim Ismail, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1894, membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Lumpur. Kereta api wap itu membawa tiga gerabak penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.
Sebaik tiba di Teluk Anson – kini dikenali sebagai Teluk Intan – kereta api yang dipandu oleh seorang warga Inggeris itu diserang oleh seekor gajah jantan bersama sekawan gajah lain yang menunggu di laluan kereta api itu. Gajah jantan tersebut telah merempuh kereta api yang sedang bergerak itu secara berhadapan – dengan cara menyondol.
Rempuhan itu telah menghasilkan momentum yang amat kuat sehingga kereta api berkenaan tergelincir dan gerabaknya terkeluar daripada landasan. Beberapa batang besi rel juga turut tercabut serta patah. Ketika kejadian, kereta api berkuasa wap itu dipandu antara 40 hingga 50 batu sejam dan ia dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap. Menurut Ibrahim, model kereta api wap yang terbabit dalam rempuhan gajah itu adalah sama dengan model kereta api yang dipamerkan di Muzium Negara ketika ini.
Dengan muatan tiga gerabak penumpang yang mempunyai kelajuan seperti itu, sukar untuk dibayangkan kekuatan seekor gajah yang mampu ‘menumpaskan’ sebuah kereta api.
Berdasarkan kepada cerita lisan, gajah jantan berkenaan dikatakan mempunyai susuk yang besar, lebih besar daripada gerabak kereta api. Penduduk setempat percaya, gajah jantan itu mengamuk untuk menuntut bela di atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api di kawasan yang sama, beberapa tahun sebelum itu.
Kemudian pada tahun 1588, seekor gajah betina pula maut dilanggar kereta api ketika menyelamatkan sekumpulan gajah lain yang sedang melintasi laluan rel. Dikatakan, gajah betina itu merupakan anak kepada gajah jantan tersebut.
Bagaimanapun, akibat rempuhan yang sangat kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Dua orang pekerja kereta api warga India turut tebunuh. Manakala penumpang lain yang menaiki gerabak belakang hanya mengalami cedera ringan. Sehingga kini, kejadian tersebut masih diingati oleh penduduk di sekitar Teluk Intan, Perak. Bagi memperingati sejarah tersebut, tengkorak gajah terbabit telah diawet dan disimpan di Muzium Perak yang terletak di Bandar Taiping untuk tatapan umum. Tulang paha gajah itu ditempatkan di Muzium KTMB, manakala gadingnya difahamkan telah dibawa pulang ke England oleh pihak British ketika itu.
Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍
► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I
► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA
► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g
► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg
► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU
► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14
FOLLOW SAYA 😊
Facebook Page: www.facebook.com/kembaratracking/
Facebook Profile: www.facebook.com/kembaraindah
Instagram: www.instagram.com/kembara_tracking/
YouTube: www.youtube.com/KembaraTracking
Comments