Perkongsian untuk tips persediaan awal khusus bagi mereka yang baru nak berjinak2 dengan aktiviti Camping.
SENARAI PERALATAN HIKING 👣
🎒Bagpack: size dari 35L – 50L pertanyaan yg sering terima ialah mcm mana nak tau saiz bag? Untuk yg baru nak mendaki, bag yg biasa dibawa budak sekolah ialah dlm 35L. Bag tactical / bag camping adalah bag yg tahan lasak.. Kalau guna bag lain dari tu dikuatir akan terkoyak ketika mendaki.
👟Kasut mendaki: adalah lebih baik jika anda mengunakan kasut mendaki atau tactical boot. Tetapi jika ini kali pertama korang mendaki dan tak tahu sama ada mendaki ini akan menjadi hobi korang,adalah memadai mengunakan sport shoes. Bagaimanapun mengunakan kasut sukan ada kekurangannya, antaranya tapaknya tidak sesuai untuk di gunakan di trek tanah yg basah dan licin. Saya sarankan korang utk mencari Adidas Kampong/kasut getah yg harga tak sampai RM10. JANGAN GUNAKAN SANDAL UTK MENDAKI KERANA IA TIDAK AKAN MELINDUNGI KAKI KORANG DAN KUATIR PUTUS DI TENGA JALAN.
⛺Ground sheet / Flysheet / khemah / hammock untuk duduk dan tido
🔹Stokin: penting jika mendaki, ia utk mengelakan kaki melecet. Elok pilik stokin yang agak tebal ini supaya elak kaki terasa lengoh
👕Pakaian mendaki: Baju gunakan kemeja T yg diperbuat dari bahan sintentik seperti quick dry. Tak kira lah jika korang mahu mengunakan lengan pendek atau panjang, lagi satu, pakai pakaian yg cerah/terang. Seluar mendaki; seperti pakaian skrg nie seluar panjang yg diperbuat dari bahan sintentik banyak di jual.
🚷ELAKAN GUNA JEANS ketika mendaki. (sediakan pakaian utk balik dan tinggalkan di kenderaan anda)
🔹Baju hujan/: Baju hujan nie adalah utk mengelakkan anda kuyup semasa mendaki, terutama ketika Wind Breaker korang hendak sampai puncak bukit/gunung, anda akan rasa sejuk disebabkan hujan dan angin. ❌JANGAN MEMAKAI JACKET KETIKA MENDAKI, sebab korang akan berpeluh berlebihan dan mengakibatkan Dihidrasi.
🔦💯Lampu suluh wajib: walaupun pendakian dilakukan pada siang hari, tidak salah utk menyediakan lampu suloh sebab takut pendakian ini akan lewat habis dan berlarutan sehingga malam.
💊Ubat-ubatan peribadi: bawak plaster, penadol, minyak angin/urut dan yg penting ubat peribadi korang seperti utk athma, pening, alahan dll. Sebab penganjur atau guide selalunya akan hanya membawa peralatan kecemasan yg am sahaja.
🔪Pisau: adalah wajib parang atau pisau lebih baik untuk pelbagai guna ketika berlaku sebarang situasi buruk ianya sangat penting dlm situasi ikhtiar hidup tapi bergantung juga pada tempat.. Jika ini kali pertama korang mendaki dan tak tahu sama ada mendaki ini akan menjadi hobi korang,adalah cukup sekadar membawa pisau lipat utk kegunaan am dan kecemasan. BUKAN UTK MENCEDERAKAN POKOK DENGAN MENULIS NAMA ANDA DI BATANG POKOK.
🍶Bekas air minum: Mengunakan water bladder lebih baik kerana membawa bekas air dari rumah akan mengurangkan potensi 🚯membuang bekas air itu di bukit/gunung. Jika mengunakan botol air mineral atau isotonik, bawalah balik bekas air itu, elakan dari membakar bahan plastik. PASTIKAN BAWAK AIR MINUM DGN CUKUP, SEKURANG2NYA 1.5L AIR BIASA DAN 500ML AIR ISOTONIK
♻Plastic sampah: bawak lebih utk membawa keluar semua sampah peribadi, jika membawa plastik sampah besar ia juga boleh digunakan sebagai baju hujan atau melindungi barang2 korang dari basah.
🔸Tongkat/walking stick jika perlu: untuk membantu ketika mendaki dan masa turun cerun, ia dapat juga mengurangkan tekanan pada lutut.
🔶Topi/ bandana/headkey/buff: melindung kepala dari seranga atau binatang yg hingap di kepala🐛🐸🐝🐞🙆.
🆘Hp: penting jika perlu membuat panggilan kecemasan
wisel: utk kegunaan kecemasan🔊
💥🔥Api penting: Lighter(simpan dlm plastik dan letakkan dlm kit pertolongan cemas, magnesium stick , mancis (diwater proof kan)
☑Alat pertolongan cemas Peribadi: Plaster, minyak angin, ubat peribadi ( athma, kencing manis, Darah tinggi DLL) kepada pendaki baru sediakan Knee Guard sebab lutut akan mula terasa sakit apabila menuruni bukit atau gunung.
📜Tisu gulong/toilet roll: utk urusan kebersihan diri dan peralatan.
🍞Makanan mendaki: makanan on trek: kismis, kurma, coklat, buah-buahan, gula2 makanan di puncak /rehat sebelum turun : jika pendakian pendak dan tidak lama tak perlu membawa makanan berat, jika ia lama dan korang akan berhenti rehat di puncak sebelum turun, boleh memasak di puncak gunung untuk recover kan kembali tenaga
Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍
► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I
► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA
► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g
► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg
► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU
► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14
FOLLOW SAYA 😊
Facebook Page: www.facebook.com/kembaratracking/
Facebook Profile: www.facebook.com/kembaraindah
Instagram: www.instagram.com/kembara_tracking/
YouTube: www.youtube.com/KembaraTracking