top of page
Writer's pictureKembara Tracking

GETAH BERACUN

Updated: Apr 29, 2020


Nama pokok ini pokok ipuh mempunyai getah yang beracun. Biasanya getah pokok ini digunakan oleh orang asli untuk memburu haiwan, dengan cara mengunakan sumpit dan hujung anak sumpit yang dipangil (temiang) itu disapukan dengan getah.

-

Racun getah pokok ipuh ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa dengan cepat. Merupakan sejenis racun getah yang boleh membunuh.

-

Biasanya bahagian daging haiwan yang terkena anak sumpit itu akan dipotong dan dibuang untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu.

-

Parang atau pisau yang terkena getah pokok ipuh ini "pastikan dicuci bersih" sebelum mengunakan untuk momotong makanan atau buah-buahan.

-

Bagi kaum Dayak khasnya, sangat digeruni di era perang gerila suatu masa dulu kerana ianya adalah Pembunuh senyap (silent killer).Getah pokok ipuh digunakan sebagai bahan khas yg di sapu pada hujung anak sumpit (damak) merupakan sejenis racun yang boleh me'LUMPUH'kan dan membunuh sasaran dalam beberapa saat, digunakan untuk memburu musuh atau haiwan di hutan. Pokok Ipuh adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama sainsnya Antiaris toxicaria Lesch.

-

Pokok getah ipoh ni ada dua jenis..1.Daun halus..2.Daun lebar. Yg baik jenis daun halus tapi dua-dua pun berbisa, daun halus mempunyai getah yg kurang tapi bisanya kuat. Lain pula dengan daun yang lebar getahnya banyak tapi kurang bisanya dan setiap satu2 pokok mempunyai bisa yang berbeza. Untuk memantapkan lagi tahap racun getah itu perlu di rebus atau pun di masak dengan beberapa jenis akar-akar tertentu.

Gambar hanya hiasan

Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍

Pokok Bertam Bagus Buat Firestarter: https://youtu.be/R8VC4Zpa4IY

► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14


FOLLOW SAYA:

Facebook Page: https://www.facebook.com/kembaratracking/

Facebook Profile: https://www.facebook.com/kembaraindah

Instagram: https://www.instagram.com/kembara_tracking/

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCNcf9nFxeF6HwncN_lAbtCA


1,822 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page