top of page
Syahnaz

Ular Masuk Khemah

Updated: May 5, 2020


Kejadian ini berlaku ketika kami sedang mengemas beg dan peralatan didalam khemah. Tiba-tiba, dari bucu dalam khemah kami terdengar bunyi dengusan beberapa kali, seolah olah memberi warning yang kehadirannya disitu. Kami alihkan bag perlahan lahan disebalik celahan beg itu dan terlihat ular ni sedang dalam posisi nak mematuk, mungkin dia terkejut agaknya. Mungkin juga nak mencari tempat berlindung tapi tersalah masuk ke dalam khemah kami pula. Saya tangkap dan alihkan dia jauh dari camp site. Alhamdulillah tidak ada sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku.

-

Peringatan: Hidupan didalam hutan seeloknya jangan kita bunuh sesuka hati tanpa sebab munasabah walaupun seekor seranga. Kalau ianya boleh memudaratkan kita, alihkan saja dia ke tempat yang lebih sesuai atau kita yang beralih daripada dia. Kedatangan kita hanya menumpang sahaja itukan tempat tingal mereka.

-

Kisah Benar: Bila cerita pasal ular ni pernah satu kejadian yang berlaku didepan mata saya. Sorang kawan ni diserang histeria dan bergelagat seperti ular. Bayangkan susuk manusia tapi berbaring meniarap tangan rapat ke sisi dan menjala seperti ular. Habis garis2 dan luka dimuka dia. Bila tanya pada jin yang dah rasuk dalam badan kawan ni jin itu memberitahu: "Budak ni dah bunuh anak aku yang berupa ular!"

Moral of the story, kita perlu lebih peka pada hidupan lain ketika melakukan apa-apa aktiviti. Berhati-hati terutamanya di dalam kawasan yang bukan tempat tinggal kita.


 

Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍


► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14

FOLLOW SAYA 😊


38 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page