top of page
Writer's pictureKembara Tracking

RITUAL SEMADI MAYAT ATAS POKOK


Suku kaum Bateq merupakan orang asli daripada puak Negrito atau Semang yang terdapat di Kelantan dan Pahang.

Biarpun hanya berkaki ayam, mereka mampu berjalan dengan pantas didalam hutan.

Suku kaum ini tidak ramai dan mereka tinggal dalam hutan terutama di Taman Negara Malaysia. Mereka hidup dalam kumpulan keluarga di pondok atau khemah kecil. Hidup mereka berpindah randah.

Jampi Pagar Mayat

Diselubungi unsur mistik. Kaum bateq dipercayai menyemadikan si mati di atas pokok dengan mendirikan para-para diatas dahan pokok sebagai perkuburan mayat. Mereka percaya cara itu membolehkan bau mayat tersebut terbang bebas ke udara dengan mudah. Anggota masyarakat suku bateq yang meninggal dunia akan di mandikan dan di bersihkan sebelum dipakaikan pakaian yang lengkap.kemudian,mayat dibungkus dengan kain batik lepas dan diikat kemas supaya senang diusung ke kawasan perkuburan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada buluh cincang.

Ritual Dan Cara Adat Yang Digunakan Mereka

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga lain akan membina para di atas pokok menggunakan kayu-kayu hutan. Para itu setinggi enam kaki atau lebih. Pemilihan pokok yang mempunyai batang yang agak besar bagi menampung berat para dan mayat.

Selepas ahli keluarga meninggal dunia, mereka akan membersihkan kawasan sekitar pokok itu dengan menebas semak samun sebagai 'petanda'.

kebanyakan perkuburan suku bateq terletak jauh dari kawasan penempatan bagi mengelakkan terkena sial mayat. Jika tidak dilakukan,mereka percaya hantu simati akan mengikut mereka balik ke rumah.

Mereka akan membacakan jampi mantera yang diperoleh daripada nenek moyang merekaa sejauh 20 meter dari pokok tersebut bagi memagar jasad itu.

Jampi itu juga lebih kepada memohon semangat hutan agar menjaga jasad daripada gangguan haiwan liar yang turut menghuni hutan.

Ada rangka yang ditemui berselerak dan ada yang terkumpul berpunca dari haiwan liar. Kepercayaan mereka ini adalah petanda dan beza yang mana dijampi dan mana yang tidak.

"Ada satu cerita; Apabila ada seorang lelaki masuk ke hutan untuk kerja kerja menebang balak. Tengah sedap memotong balak, tiba-tiba terjatuh tengkorak bertaburan jatuh dari atas pokok.

Kejadian tu menyebabkan lelaki itu lari pulang ke rumah ketakutan dan tidak lagi terlibat dalam kerja-kerja pembalakan.

Sebenarnya tengkorak lama mayat orang asli kaum Bateq yang telah diletakkan di situ selepas bertahun-tahun sehingga pokok itu membesar.

Orang asli Bateq sememangnya sejak sekian lama telah mengamalkan adat budaya menyimpan mayat di atas pohon pokok.

Jika dibandingkan, orang asli kaum Bateq ini jauh ketinggalan di belakang kerana mereka menolak kehidupan moden dan lebih selesa menyedut udara di hutan dan meneruskan tradisi nenek moyang mereka.

85 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page