top of page
Writer's pictureKembara Tracking

Tips Membuang Hajat Di Dalam Hutan




Tips pengurusan diri didalam hutan cara buang air kecik atau besar


Semasa hiking/camping/trekking di dalam hutan tiada tandas, masalah yang selalunya orang tertanya tanya. Kena ada ilmu untuk pengurusan diri.



Persediaan keperluan untuk berhajat


1- Tisu Kering

2- Parang, skup kecil atau kayu Tajam (untuk korek lubang).

3- Sediakan satu botol air 500ml (Khas untuk membasuh)

4- Kain batik atau kain pelekat.




Tisu Kering atau tisu basah? Nak bawak dua-dua pun boleh tapi kena faham tisu basah tidak boleh digunakan untuk bersuci.


Hukum istinjak kena guna benda kesat dan kering.


Dalam hukum Islam, dibolehkan beristinjak dengan 3 benda iaitu:-

1) Batu - digunakan terutama untuk manusia yang tinggal di tempat kering atau padang pasir.

2) Benda kesat dan kering - boleh gunakan kertas atau tisu kering (bukan yang basah)

3) Air mutlaq - iaitu air yang tidak dicemari dengan benda-benda yang mengeluarkan warna, bau atau rasa.


Cara Istinjak




Tempat yang sesuai untuk buang air didalam hutan:


Cari salah satu lokasi untuk 'berhajat'. Pastikan tempat yang anda pilih tu bukan laluan orang dan mesti jauh sedikit dari laluan track dan campsite. Boleh mintak rakan teman dan tunggu anda dalam jarak 10 meter. Sekiranya ada kecemasan, jeritan anda dapat didengari.


Cari kawasan yang agak rata dan selamat, terlindung dari pandangan orang seperti membelakangi pokok, batu besar atau semak.


Jika anda camping secara group, ketua misi boleh membuat tempat atau memilih kawasan khas untuk buang air.




Gali lubang kecil sedalam 6 inch untuk .melepaskan hajat'.



Dalam keadaan mencangkung, anda boleh juga tutup tubuh anda menggunakan kain batik atau kain pelikat jika rasa tak selesa atau rasa takut ada orang nampak anda.



Selepas selesai urusan tadi dan bersuci, pastikan kambus semula najis dan tisu kering yang dah digunakan.






Bersihkan tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer setelah semuanya selesai.


Letak tanda seperti pacakkan kayu di atas lubang yang telah dikambus tadi supaya orang lain tidak terpijak.




Bagi wanita pulak tuala wanita yang kotor jangan di buang dan kambus di dalam tanah bersama najis.


Tuala wanita yang sudah kotor hendaklah dibasuh dahulu di sungai sehingga bersih, kemudian bungkus dan asingkan untuk dibuang masa pulang nanti. Jika tiada air, bungkus lah dengan surat khabar dan balut dalam plastik. Simpan di dalam beg sementara waktu dan basuh ia apabila jumpa sungai nanti. Kalau nak tanam pun mesti pastikan ianya betul-betul bersih. Tuala wanita yang dah digunakan mempunyai darah yang kotor. Darah kotor ini disukai makhluk halus dalam hutan.



Elakkan membuang air besar atau kecil disungai kerana ada mereka yang sedang mendaki akan minum air daripada sungai.



“PENTING”, antara tempat yang tak boleh buang air sesuka hati adalah lopak air, takungan air yang tidak mengalir, di dalam lubang, pertengahan jalan, busut, tunggul kayu, atas batu dan kawasan yang bersih di hutan. Biar pun tiada manusia yang dilihat tapi harus beringat. Didalam hutan ada penghuni hutan yang kita tidak dapat lihat.


Sebelum membuang air kecil atau sebelum menggali lubang untuk melepaskan hajat, baca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, InsyaAllah anda akan dilindungi.




 



Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍

► Pyramid Tarp Shelter: https://youtu.be/sVO7H1Iem8I

► Diamond Tarp Shelter: https://youtu.be/XLNNSc5idzA

► Canopy Tarp Shelter: https://youtu.be/-8jgrJH0P-g

► A-Frame Tarp Shelter: https://youtu.be/wVYVfeFT1fg

► Cara Mudah Menyimpan Tali: https://youtu.be/7_KUia30ZMU

► Cara Buat Shelter Guna Baju Hujan: https://youtu.be/Nk6St1VtX14

FOLLOW SAYA 😊



3,091 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page