top of page
Writer's pictureKembara Tracking

ULAR GERGASI ITU WUJUD

Updated: May 5, 2020


.

.

.

Ular sawa batik atau dikenali sebagai Reticulated Python yang biasanya mudah kita nampak atau jumpa. Tahu kah anda spesies ular ini adalah ular terbesar yang berasal dari Asia, jadi tak heran lah kalauspesies ini yang biasa viral dijumpai memang besar- besar belaka. Malah iya juga dilabelkan sebagai ular yang terpanjang didunia. Kita selalu dengar tentang besarnya gergasi ular anaconda tetapi perbezaa size diantara dua spesies ini hampir sama. Reticulated dan Anaconda adalah dua ular yang terbesar. Cuma anaconda lebih besar dan berat berbanding Python Reticulated yang lebih panjang dan lebih cepat. Perkara yang benar-benar membezakannya adalah tingkah laku.

.

Harini saya tak nak cerita pasal anaconda tapi saya nak cerita tentang spesies yang ada dinegara kita, Reticulated Python tingkah lakunya.

.

Reticulated adalah haiwan yang bukan sosial dan lebih suka bersendirian. Tiada bisa tapi mempunyai kekuatan yang sangat kuat jika dah cukup matang. Kuat makan dan sangat mempunyai agresif respons. Dilabelkan antara Python yang garang berbanding species python yang lain. Perenang yang hebat dan handal menjalar diatas pokok. Aktif pada waktu senja dan sepanjang malam.

.

Makanannya adalah mamalia kadang-kadang burung dan ayam, Ini bergantung juga pada tempat dan size python tersebut. Jika pangangnya 22 kaki babi hutan & beruang matahari pun boleh ditelannya. Iya boleh membawa bahaya pada manusia jika panjangnya sudah melebihi 16 kaki.

.

Spesies python ini juga mempunyai rekod beberapa ular yang memakan manusia. Serangan ke atas manusia bukan la satu agresif respons yang biasa terjadi, serangan terhadap manusia agak jarang berlaku. Tetapi spesies ini telah bertanggungjawab atas beberapa kematian manusia yang dilaporkan, baik di alam liar atau peliharaan. Ini mungkin untuk python reticulated yang sudah matang (besar) untuk membuka rahangnya yang cukup luas untuk menelan 4 kali ganda besar badannya. Ya percaya atau tidak spesies ini boleh membesar sehinga mencapai panjang lebih daripada 10m (32 kaki) dan sangat kuat.

.

ADA SATU CERITA PADA ZAMAN DAHULU TENTANG ULAR INI..

Cerita ni saya tak dapat nak sahkan. Mungkin benar berlaku, mungkin hanya cerita dongeng..

Pada zaman dahulu kala ada satu kampung ni kediamannya dekat dengan hutan dan sungai. Ada seorang pengembala lembu ini hairan kerana baru-baru ni kerap berlaku anak lembunya hilang tanpa kesan. Selang beberapa bulan mesti hilang. Nak kata kena baham haiwan buas, tak ada pula kesan bangkai atau darah. Dia sangka ini mesti kerja pencurik.

.

Tapi pada satu hari, sedang dia berkebun, dia terperasan ada satu pokok besar yang dah tumbang & penuh dengan lumut. Katanya, "mungkin dah lama tumbang ni." Dia pun mengambil kapak untuk potong pokok tumbang tersebut supaya tak menghalang laluannya. Tetakkan yang pertama dia terasa 'tak keras tetapi liat'. Tetakkan yang kedua, benda yang dia sangkakan pokok tu mula bergerak!

.

Rupa-rupanya seekor ular yang sangat besar. Dia pun lari dari tempat tersebut ketakutan dan memanggil orang kampung. Kemudian orang-orang kampung datang kembali di tempat kejadian tapi ular tersebut sudah pun lari mungkin ikut arah sungai.. Pada zaman tu cerita hanya sampai mulut ke mulut sahaja, belum ada teknologi. Sesetengah orang juga mengangap cerita ini satu misteri..

Jangan Lupa LIKE & SUBSCRIBE YouTube Channel 😊👍

Sedikit Info Tentang Spesis Ular Phyton: https://youtu.be/DhjTJ0DvyO8

FOLLOW SAYA


451 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page